Maksud: Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup sebelum ribut
bunga api
Maksud: Punca pergaduhan.
bunga bangsa
Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.
Contoh ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.
bunga bibir
Maksud: Kata-kata yang manis.
Contoh ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.
bunga bukan sekuntum
Maksud: Laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini
bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
Maksud: Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)