abang angkat

Maksud: Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

Contoh ayat: Siti mempunyai seorang abang angkat bernama Ahmad.

abang ipar

Maksud: Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami.

Contoh ayat: Anwar ialah abang ipar Abdullah.

abang kandung

Maksud: Abang yang seibu sebapa.

Contoh ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

abang tiri

Maksud: Anak abang tiri atau ibu tiri yang umurnya lebih tua daripada kita.

Contoh ayat: Anak lelaki isteri baru ayah menjadi abang tiri kami.

abu angin

Maksud: Telah musnah sama sekali.

Contoh ayat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Jepun.

abu Dajal

Maksud: Pengganggu

Contoh ayat: Selagi ada Abu Dajal di tepi jalan itu, tiada seorang gadis pun yang berani lalu di situ.