Maksud: Akhir bulan
habis cupak dari pelelehan
Maksud: Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. pelelehan (leleh) =tiris, boros
habis geli oleh geletek, habis rasa oleh biasa
Maksud: Rasa susah akan hilang setelah menjadi kebiasaan
habis hulubalang bersiak
Maksud: Apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yang ada
habis kapak berganti beliung
Maksud: Sangat rajin bekerja
habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah
Maksud: Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar