ada air adalah ikan

Maksud: Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat: Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

abui mata

Maksud: Orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya.

Contoh ayat: Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui mata pegawai-pegawai polis yang meronda untuk mengesan pendatang tanpa izin.

abu Nawas

Maksud: Orang yang suka berhelah.

Contoh ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

abu Jahal

Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

Contoh ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

abu Dajal

Maksud: Pengganggu

Contoh ayat: Selagi ada Abu Dajal di tepi jalan itu, tiada seorang gadis pun yang berani lalu di situ.

abu angin

Maksud: Telah musnah sama sekali.

Contoh ayat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Jepun.