abang ipar

Maksud: Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami.

Contoh ayat: Anwar ialah abang ipar Abdullah.

abang angkat

Maksud: Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

Contoh ayat: Siti mempunyai seorang abang angkat bernama Ahmad.

ada bakat

Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

Contoh ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.