Maksud: Menjadi gemuk
naik angin
Maksud: Tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah.
Contoh ayat: Dia naik angin apabila kawan-kawan mengusiknya.
naga ditelan ular lidi
Maksud: Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan
nafsu-nafsi raja di mata, sultan di hati
Maksud: Melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain)
nafsu tidak bertepi
Maksud: Keinginan manusia tiada batasnya
nafsu tabiat
Maksud: Naluri