Maksud: Pengsan dengan mendadak kerana darah masuk ke otak
sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya
Maksud: Hairan, seseorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja
sayang bunga layu di pohon
Maksud: Perihal seorang gadis yang tiada bersuami hingga tua
sayang di anak dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan
Maksud: Sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain
sayang garam sececah, busuk kerbau seekor
Maksud: Kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak
sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan
Maksud: Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong