Maksud: Tiada tahu menghargai sesuatu yang elok
seperti monyet mendapat bunga adakah ia tahu akan faedah
Maksud: Tiada tahu menghargai sesuatu yang elok
seperti murai dicabut ekor
Maksud: Seseorang yang becok mulutnya.
Contoh ayat: Siti yang bercakap seperti murai dicabut ekor itu telah didenda berdiri di atas kerusi kerana membuat bising di dalam kelas.
seperti murai tercabut ekor
Maksud: Seseorang yang becok mulutnya.
Contoh ayat: Siti yang bercakap seperti murai tercabut ekor itu telah didenda berdiri di atas kerusi kerana membuat bising di dalam kelas.
seperti negeri dialahkan garuda
Maksud: Tempat yang amat sunyi
seperti negeri dialahkan geroda
Maksud: Negeri atau kampung yang menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yang lain