Maksud: Jangan terlalu percaya pada sahabat kerana kerap kali sahabat juga yang mencelakakan kita
tangan kosong
Maksud: Tidak mendapat apa-apa.
Contoh ayat: Zainab pulang dari bandar dengan tangan kosong kerana dia masih gagal mendapat sebarang pekerjaan.
tangan memetik bahu memikul
Maksud: Kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya
tangan mencencang bahu memikul
Maksud: Siapa yang bersalah harus menanggung akibatnya
tangan menetak bahu memikul
Maksud: Siapa yang bersalah harus menanggung akibatnya
tangan naik
Maksud: Nasib selalu baik