Maksud: Perihal tidak dapat diceraikan (orang yang berkasih-kasihan dan lain-lain)
tidak umpat yang membunuh, tidak puji yang mengenyang
Maksud: Jangan dihiraukan sangat umpat atau puji orang kerana kedua-duanya tidak merugikan atau menguntungkan
tidak usak kerbau oleh penyembelihan
Maksud: Tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yang berderma
tidur ayam
Maksud: Tidur yang belum lena atau nyenyak
tidur di kasur
Maksud: Berbinikan orang kaya
tidur kesiangan
Maksud: Bangun lambat