Maksud: Pelangi
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Maksud: Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
ular telan babi, cacing yang bengkak perut
Maksud: Cemburu terhadap keuntungan orang lain
ulas tangan
Maksud: Pembantu;
ulat buku
Maksud: Orang yang rajin membaca buku.
Contoh ayat: Hazirah dikenali sebagai ulat buku kerana sangat rajin membaca.
ulat bulu
Maksud: Seseorang yang gatal dan suka mengusik perempuan.