Maksud: Ketua yang akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dalam kesusahan
cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri
Maksud: Tetap meneruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan mendatangkan hasil
cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga
Maksud: Seseorang yang menyusahkan ahli keluarganya sendiri akan merasa susah juga
cubit paha kanan, paha kiri sakit juga
Maksud: Kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya
cubit paha kiri, paha kanan terasa juga
Maksud: Jika seorang ahli keluarga mendapat kesusahan, ahli-ahli yang lain juga turut menghadapi kesusahan.
cuci mata
Maksud: 1. Melihat pemandangan yang cantik.
2. Melihat perempuan yang cantik-cantik.
Contoh ayat: 1. Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya.
2. Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya.