Skip to content

Maksud Peribahasa

Kamus Peribahasa & Simpulan Bahasa Melayu

Posts

Posted on

enggang lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya

Maksud: Menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dan lain-lain kejadian itu

Posted on

enggang lalu ranting patah

Maksud: Kesilapan yang berlalu dengan tidak sengaja meninggalkan kesan buruknya

Posted on

enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama

Maksud: Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja.

Contoh ayat: Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.

Posted on

engkap bagai rumput di tengah jalan

Maksud: Hidup merana kerana sakit atau miskin

Posted on

engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai ke seberang

Maksud: Orang yang bijaksana dapat segera mengetahui maksudnya atau dalam dangkal pengetahuannya daripada cakap atau gerak-geri seseorang

Posted on

esa hilang, dua terbilang

Maksud: Terus berusaha dengan keazaman hingga tercapai cita-cita

Posts navigation

Previous page Page 1 … Page 461 Page 462 Page 463 … Page 1,433 Next page

Peribahasa Melayu yang Paling Popular Setiap Hari

  • ayam tak patuk, itik tak sudu
  • tuntut bela
  • takutkan bayang-bayang sendiri
© Copyright - maksudperibahasa.com - Privacy Policy - Cara Guna - Hubungi Kami