hati tangan

Maksud: Bahagian tengah tapak tangan

hati tawajuh

Maksud: Hati yang telah diarahkan benar-benar kepada Tuhan

hati terbuka

Maksud: Ikhlas.

Contoh ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

hati tungau

Maksud: Penakut.

Contoh ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.