lembut gigi daripada lidah

Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.

Contoh ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.

lembut hati

Maksud: Penyayang.

Contoh ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.