Maksud: Ghairah atau menggilai seseorang
mabuk kerana beruk berayun
Maksud: Asyik memerhatikan sesuatu yang tidak berguna dengan menghabiskan masa
mabuk laut
Maksud: Mabuk semasa berada di atas kapal.
mabuk-mabuk lalat
Maksud: Pening sedikit
macam anak dara tak datang tunangnya
Maksud: Selalu tidak menyiapkan kerja dengan sempurna
macam belangkas
Maksud: Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan.