Maksud: Dalam ketakutan; sangat gelisah. cerang = tempat yang terang (sudah ditebang atau sedikit pohon-pohonnya) di dalam rimba
pelanduk di dalam cerang
Maksud: Gelisah kerana ketakutan (kesusahan)
pelanduk dua serupa
Maksud: Dua orang yang seakan-akan sama rupanya.
pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk
Maksud: Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam
pelanduklah melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk
Maksud: Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
Maksud: Mestilah ingat bahawa semua yang hidup akan mati juga sudahnya