Maksud: Sangat gelisah
terpijak benang arang, hitam tapak
Maksud: Berbuat jahat jahatlah balasannya
terpijak bayang-bayang
Maksud: Tengah hari tepat
terpijak bara hangat
Maksud: Gelisah kerana sesuatu perkara
terperlus maka hendak menutup lubang
Maksud: Sesudah ditimpa kecelakaan (kemalangan) baru ingat akan jalan keluar (ikhtiar dan lain-lain)
terpelanting memilihi, terserak mengampungkan
Maksud: Kewajiban mamak untuk menjaga harta benda kemanakannya (menyatukan mereka kembali jika kemanakan itu cerai-berai)