Maksud: Orang yang suka mencela orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya
biarpun setandan bagai kerambil, namun untung berlain-lain
Maksud: Walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan
biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama
Maksud: Tidak takut pada kematian jika pada jalan yang benar
biarlah mati di mata pedang, janganlah mati kena tendang
Maksud: Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan
biar-biar naik ke mata
Maksud: Jangan dilalaikan sesuatu yang akan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri
biar ular mati dan kayu tiada patah
Maksud: Binasakanlah musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri