Maksud: Hilang akal, tidak berdaya lagi
terendam sama basah, terampil sama kering
Maksud: Sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia
terdorong kaki badan merasa, terdorong lidah emas padahannya
Maksud: Kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya
terdiri kepala
Maksud: Malu sekali
terdiri dari
Maksud: Terjadi daripada
tercucuk mata
Maksud: Tertipu kerana kebodohan (seperti membeli barang yang tidak elok dengan harga yang tinggi)