Maksud: Memanjakan
berhutang budi
Maksud: Patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga.
berhujung berpangkal
Maksud: Ada tujuan tertentu
berhenti lelah
Maksud: Berehat untuk menghilangkan keletihan
berhati waja
Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Contoh ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.
berhati tungau
Maksud: Penakut.
Contoh ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.