Maksud: Orang yang suka bercakap sombong tetapi poket kosong
bergadai nyawa
Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.
berfikiran dusunnya itu alam ini, belalang disangkakan helang
Maksud: Orang yang terlalu sempit (terhad) pengetahuannya
berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Maksud: Berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan.
Contoh ayat: Ayah selalalu menasihati adik agar berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat bagi setiap tindak-tanduk yang dilakukan.
berendam sesajak air, berpaut sejengkal tali
Maksud: Perihal seseorang yang susah hidupnya (serba kekurangan)
berek-berek laga siang, malam sekelelapan
Maksud: Nampaknya berselisih sahaja, tetapi batinnya mereka seia sekata