Maksud: Pemuliaan kepada yang tidak patut dimuliakan
telinga nipis
Maksud: Cepat marah.
telinga lintah
Maksud: Tajam pendengaran.
Contoh ayat: Walaupun Pak Hasan sudah tua tetapi dia telinga lintah.
telinga kuali
Maksud: Orang yang tahan hati walaupun dimarahi.
Contoh ayat: Dia tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia telinga kuali.
telinga bagai telinga rawah
Maksud: Tidak mengendahkan nasihat dan tunjuk ajar orang
telentang sama menadah embun, tertiarap sama memakan pasir
Maksud: Orang yang seia sekata dalam pergaulan