Maksud: Jodoh yang tidak sepadan
tebu setuntung masuk geraham gajah
Maksud: Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tidak dihargainya
tebu seruas berulat pula
Maksud: Anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya
tebu masuk mulut gajah
Maksud: Binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi
tebas buluh serumpun
Maksud: Perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yang tidak baik)
tebal telinga
Maksud: Orang yang tidak tahu malu.