sediakan payung sebelum hujan

Maksud: Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.

Contoh ayat: Puan Alia menasihati anak-anaknya supaya berjimat-cermat dan menyimpan wang untuk kegunaan di masa hadapan, seperti kata bidalan sediakan payung sebelum hujan.