Maksud: Seorang yang berbuat salah boleh menyebabkan ahli keluarganya turut merasa malu
seorang budi-budian, seorang tabung seruas
Maksud: Perihal dua orang yang berlainan tabiatnya (iaitu seorang suka berahsia dan yang satu lagi lurus)
senyum-senyum siput
Maksud: Wajah berseri
senyum tawar
Maksud: Senyum yang dibuat-buat ketika berdukacita.
Contoh ayat: Salmah yang dalam kesedihan hanya tersenyum tawar apabila disapa oleh rakan-rakannya.
senyum sumbing
Maksud: Senyum sedikit menggambarkan sedang merancangkan sesuatu
senyum simpul
Maksud: Senyum sedikit.
Contoh ayat: Salina tersenyum simpul dan tersipu-sipu malu apabila dipuji oleh bakal mentuanya.