putih tulang

Maksud: Mati.

Contoh ayat: Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.

putih tapak kaki

Maksud: Lari sekuat-kuatnya.

Contoh ayat: Putih tapak kakinya ketika melarikan diri apabia dikejar oleh anjing liar itu.

putih mata

Maksud: Terlepas peluang.

Contoh ayat: Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar borang permohonan.