Maksud: Orang tua yang berlagak orang muda
muda diajun, kikir diperbuat
Maksud: Disebut bkn orang yang mahu bersuka-suka, tetapi tidak mahu merugi untuk bersuka-suka itu
muda bestari
Maksud: Muda dan berbudi baik
muda belia
Maksud: Umur yang muda
mualim kapal
Maksud: Jurumudi, anak kapal yang mengendalikan kemudi
muafakat membawa berkat
Maksud: Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan kebaikan.
Contoh ayat: Kemajuan Kampung Bahagia disebabkan penduduknya yang bersatu dan tolong-menolong kerana bagi mereka muafakat membawa berkat.