muafakat itu berkat

Maksud: Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan kebaikan.

Contoh ayat: Kemajuan Kampung Bahagia disebabkan penduduknya yang bersatu dan tolong-menolong kerana bagi mereka muafakat itu berkat.

motor tempel

Maksud: Mesin untuk menggerakkan sampan.

motor sangkut

Maksud: Mesin yang dipasangkan pada perahu

mogok makan

Maksud: Tidak mahu makan kerana membantah terhadap sesuatu

mogok duduk

Maksud: Mogok tanpa meletakkan jawatan.