Maksud: Seseorang yang sangat bersusah hati
minum madat
Maksud: Menghisap candu
minum cuka pagi hari
Maksud: Bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu
minum air terasa duri, santap nasi terasa lilin
Maksud: Sangat sedih sehingga tidak berselera
minum air terasa duri
Maksud: Melakukan pekerjaan yang mudah pun terasa sukar.
Contoh ayat: Akibat tidak pernah melakukan sesuatu pekerjaan, pekerjaan yang senang terasa susah umpama minum air terasa duri.
minta tulang ke lidah
Maksud: Menghendaki sesuatu yang tidak akan dapat