Maksud: Sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yang lebih berat
mempertinggi semangat anjing
Maksud: Bersusah payah memperbaiki nama yang jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja
mempertajam telinga
Maksud: Mendengar dengan teliti atau sepenuh perhatian
mempertajam sanding
Maksud: Mendalamkan perasaan dendam
memperlihatkan rumah buruk kepada orang maling
Maksud: Mempertontonkan rahsia sendiri kepada orang
memperlihatkan kurus tidak berbaju
Maksud: Mendedahkan kemiskinan kita kepada orang