Maksud: Susah menyebut perkataan dengan betul
keras kepala
Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
keras hidung
Maksud: Menurut nafsu
keras hati
Maksud: 1. Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
2. Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang.
keras ditakik, lunak disudu
Maksud: Hendaklah diberikan segala perintah dengan bijaksana (dengan lemah lembut kepada yang menurut dan dengan memaksa kepada yang melawan)
keras bagai batu, tinggi bagai langit
Maksud: Tidak mahu menurut perintah orang atasan