Maksud: Tiada berdaya mencapai yang dicita-citakan
kerang busuk
Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
Maksud: Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
kerana pijat mati tuma
Maksud: Mendapat kesusahan kerana bersahabat dengan orang jahat
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Maksud: Hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.
kerana mulut, badan binasa
Maksud: Mendapat kecelakaan kerana percakapan