tidur-tidur ayam

Maksud: Tidur yang tidak nyenyak.

Contoh ayat: Rubiah tidur-tidur ayam sahaja kerana menunggu anaknya yang belum balik.

tidur mati

Maksud: Tidur yang sangat nyenyak.

Contoh ayat: Jamilah tidur mati dan langsung tidak sedar semasa pencuri memasuki rumahnya.