Maksud: Orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar
kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang
Maksud: Berdiam diri sahaja sewaktu dalam kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dalam kesusahan
kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi
Maksud: Orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi
kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu
Maksud: Perkara yang mustahil
kalau kubuka tempayan budu, baru tahu
Maksud: Kalau kubuka rahsiamu tentu akan malu dan lain-lain
kalau kena tampar, biar dengan tangan yang bercincin, kalau kena tendang, biar dengan kaki yang berkasut
Maksud: Kalau berbantah janganlah dengan orang yang jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yang berpanjangan