Maksud: Apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yang ada
habis geli oleh geletek, habis rasa oleh biasa
Maksud: Rasa susah akan hilang setelah menjadi kebiasaan
habis cupak dari pelelehan
Maksud: Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. pelelehan (leleh) =tiris, boros
habis bulan
Maksud: Akhir bulan
habis beralur maka beralu-alu
Maksud: Jika dengan jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan
habis akal baru tawakal
Maksud: Berserah diri kepada nasib hanya sesudah habis segala ikhtiar