Maksud: Tabiat buruk seseorang sukar diubah
habis miang kerana bergeser
Maksud: Hilanglah ketakutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan
habis manis sepah dibuang
Maksud: Digunakan sewaktu perlu sahaja, setelah itu ditinggalkan.
habis madu sepah dibuang
Maksud: Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan
habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah
Maksud: Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar
habis kapak berganti beliung
Maksud: Sangat rajin bekerja