Maksud: Orang dagang yang miskin di negeri orang
seperti aur dengan tebing
Maksud: Tolong-menolong di antara satu sama lain.
seperti aur ditarik songsang
Maksud: Satu pekerjaan yang amat sukar dilakukan kerana salah cara melakukannya.
Contoh ayat: “Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah seperti aur ditarik songsang,” pesan cikgu kepada pelajarnya.
seperti ayam berak kapur
Maksud: Muka pucat dan tidak bermaya.
seperti ayam beranak itik
Maksud: Orang tua yang mempunyai anak berselera moden, tidak dapat mengikuti kehendak anak
seperti ayam dara bertelur
Maksud: Tidak tekun, sehari dibuat, sehari tidak