Maksud: Mendapat malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri.
seperti cina karam
Maksud: Riuh rendah
seperti cincin dengan permata
Maksud: Sama padan, cocok benar.
seperti dakwat dengan kertas
Maksud: Perhubungan yang sangat rapat.
Contoh ayat: Yati mencemburi hubungan persahabatan antara Mariana dan Mastura yang akrab bagai dakwat dengan kertas.
seperti daun delima dengan bunganya
Maksud: Hidup yang tidak berguna
seperti daun kering ditiup angin di tengah padang
Maksud: Sangat melarat