Maksud: Apabila orang yang jahat bercampur dengan orang yang baik-baik, akhirnya rosaklah orang yang baik-baik itu
seperti delima merekah
Maksud: Perihal mulut serta gigi yang bagus
seperti denai gajah lalu
Maksud: Rahsia tidak dapat disembunyikan.
seperti denak mencari lawan
Maksud: Seseorang yang gagah dan berani
seperti dicanai rupanya
Maksud: Cantik atau elok rupanya
seperti dihiris dengan sembilu
Maksud: Perasaan yang sangat sedih atau kecewa kerana sesuatu perkara.
Contoh ayat: Perasaan Cikgu Murad seperti dihiris sembilu apabila anak yang dibangga-banggakannya telah ditangkap oleh polis kerana mencuri di pasar raya.