Maksud: Perihal orang yang setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dengan tidak menunggu-nunggu dahulu
seperti pacat kenyang
Maksud: Apabila habis makan di rumah orang, lalu terus pulang/pergi.
Contoh ayat: Rafeah seperti pacat kenyang kerana setelah dia makan segera hendak pulang.
seperti pacat melompat
Maksud: Lintah darat
seperti padi hampa, makin lama makin mencongak
Maksud: Orang sombong yang tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya
seperti pahat dengan penukul
Maksud: Satu sama lain bantu-membantu.
seperti panji, ditiup angin berkibar-kibaran
Maksud: Tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yang kuat