Maksud: Suka berkata yang tidak senonoh.
badak kerbau
Maksud: Badak yang bertanduk dua
badak makan anak
Maksud: Membuang anak sendiri
badak tampung
Maksud: Tenuk, babi alu
badan bersaudara, emas takkan bersaudara, kasih saudara sama ada
Maksud: Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda
badan boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak
Maksud: Walaupun menjadi atau bersifat seperti hamba atau orang lemah terhadap orang yang berkuasa, namun hatinya tidak begitu