Maksud: Badan yang bertenaga dan sihat, akan dapat melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya.
badan dua
Maksud: Hamil.
badan malang
Maksud: Orang yang dirinya selalu malang
badan sihat otak cerdas
Maksud: Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas.
Contoh ayat: Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan kerana memegang prinsip badan sihat otak cerdas.
badan sudah dua senyawa
Maksud: Sudah sehidup semati
badar sila
Maksud: Sejenis kain putih yang halus