Maksud: Kedekut
tangkap buta
Maksud: Menuduh sembarangan.
Contoh ayat: Kita perlu menyelidiki dahulu tentang hal yang berlaku. Jangan tangkap buta sahaja, kata Pak Mail.
tangkap jambul
Maksud: Menangkap sesiapa sahaja asalkan dapat
tangkap muat
Maksud: Mengambil mana yang sempat (ada) sahaja.
Contoh ayat: Jangan tangkap muat sahaja semasa membuat projek itu, Encik Haidir mengingatkan para pekerjanya.
tanya jawab
Maksud: Wawancara
tapak besi
Maksud: Ladam kuda