Maksud: Tegak lurus
tegak pada yang datar
Maksud: Tetap berpegang pada kebenaran
tegak sama tinggi, duduk sama rendah
Maksud: Dua orang yang sama darjatnya
tegak seroman-roman, duduk serupa-rupa
Maksud: Dipandang rupa sebagai orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dalam masyarakat
tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak
Maksud: Untuk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak reda kemarahannya
tegang leher
Maksud: Berkeras dan tidak mahu mengaku kalah.
Contoh ayat: May Ling sanggup bertegang leher dengan abangnya daripada mengakui kesalahannya.