Maksud: Belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan)
terapung-apung sama hanyut, terendam sama basah
Maksud: Kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung
terapung-apung tak hanyut, terendam tak basah
Maksud: Tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara)
teras terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi teras, gubal melayang teras tinggal
Maksud: Orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta
teras terunjam, gubal melayang
Maksud: Penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar
terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu
Maksud: Kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya