Maksud: Orang yang hilang dengan tiba-tiba.
bagai ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang
Maksud: Nasib malang
bagai ayam ditambat disambar helang
Maksud: Isteri dilarikan orang besar
bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi
Maksud: Perihal orang yang bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dalam kehinaan dan kemelaratan
bagai ayam hitam terbang malam, siapa tahu berdebus bunyinya?
Maksud: Berbuat jahat dalam diam, sukar diketahui
bagai ayam hitam terbang malam; hinggap di pokok pandan, bergesek ada rupanya tiada
Maksud: Kejahatan yang susah dibuktikan oleh kerana tidak mempunyai bukti kuat