bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud: Cinta kasih yang tidak berbalas.

Contoh ayat: Hasrat Amir untuk berkahwin dengan Aminah tidak kesampaian apabila cintanya bagi bertepuk sebelah tangan.

bagai beruk kena ipuh

Maksud: Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya).

Contoh ayat: Tipin bagai beruk kena ipuh kerana terpijak duri semasa mencari rotan di hutan.

bagai berumah di tepi tebing

Maksud: Sentiasa berada dalam keadaan bimbang.

Contoh ayat: Penduduk Kampung Sena bagai berumah di tepi tebing kerana harimau yang membaham tiga orang penduduk kampung itu masih belum ditangkap.