Maksud: Tidak semuafakat dalam sesuatu perbincangan
bagai gadis julung bersubang
Maksud: Angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dan lain-lain)
bagai gadis julung menumbuk
Maksud: Rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan
bagai gagak menggonggong telur
Maksud: Perempuan hodoh yang berpakaian cantik.
Contoh ayat: Jasmin yang berbadan gemuk itu bagai gagak menggonggong telur apabila dia memakai baju kebaya.
bagai galah di tengah arus
Maksud: Menggigil keras, selalu berkeluh-kesah.
bagai galah dijual
Maksud: Sudah habis hartanya.