Maksud: Orang yang menurut kemahuan orang besar atau orang yang pandai
bagai langau mengerumuni bangkai
Maksud: keadaan yang riuh-rendah
bagai langit dengan bumi
Maksud: Jurang perbezaan yang terlalu besar.
Contoh ayat: Jurang kekayaan di antara penduduk kampung dengan hartawan itu bagai langit dengan bumi.
bagai layang-layang putus tali
Maksud: Putus harapan untuk meneruskan hidup.
Contoh ayat: Kehidupan Salimah bagai layang-layang putus tail sejak kematian suaminya.
bagai lebah menghimpun madu
Maksud: Orang yang sangat rajin.
Contoh ayat: Pak Dolah bekerja bagai lebah menghimpun madu untuk membina rumahnya dengan segera.
bagai lembu dicucuk hidung
Maksud: Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain tanpa mempersoalkannya.
Contoh ayat: Dia seperti lembu dicucuk hidung dengan mengikut apa sahaja arahan orang yang telah memberi rasuah kepadanya.